Pernahkah anda terfikir bagaimana cara untuk mengucapkan terima kasih dalam bahasa Korea? Untuk info, bukan setakat “kamsahamnida” sahaja, bahasa Korea sebenarnya kaya dengan pelbagai ungkapan terima kasih, sama seperti kita ada “terima kasih banyak-banyak” atau “tenkiu”.
Terima kasih dalam bahasa Korea secara asas merupakan cara orang Korea mengekspresikan rasa bersyukur mereka terhadap satu isu, situasi dan orang.
Baca : 8 Jenis Ucapan Selamat Pagi Dalam Bahasa Korea (LENGKAP)
Sebagai contoh, jika ada kawan yang belanja mereka makan, mereka akan memberi ucapan terima kasih bergantung kepada tingkatan kesyukuran yang mereka rasakan saat itu.
Seperti bahasa Malaysia, bahasa Korea turut mempunyai ungkapan formal dan tidak formal. Anda perlu tahu bila waktu, situasi dan keadaan yang membolehkan anda menggunakan ungkapan tersebut supaya tidak timbul kejanggalan sewaktu mengungkapkannya kelak.
“One language sets you in a corridor for life. Two languages open every door along the way.” –Frank Smith
Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan 7 jenis ucapan terima kasih dalam bahasa Korea dan juga ucapan sama sama dalam bahasa Korea! Pastikan anda baca artikel ini sampai habis.
Baca : 5 Jenis Ucapan Apa Khabar Dalam Bahasa Korea (TERKINI)
7 Jenis Terima Kasih Dalam Bahasa Korea
• Kamsahamnida (감사합니다) – Sama macam “gomapseumnida”, formal dan sopan.
• Gomapseumnida (고맙습니다) – Formal “terima kasih”, semasa jumpa golongan profesional.
• Gomawo (고마워) – Digunakan santai bersama kawan rapat; seperti “tenkiu” kepada kawan anda.
• Gomawoyo (고마워요) – Digunakan dengan orang yang baru kenal atau yang lebih tua dalam situasi santai.
• Daedanhi gamsahamnida (대단히 감사합니다) – Paling formal, jarang guna melainkan ucapan majlis rasmi.
• Neomu gomawo (너무 고마워) / Neomu gomapseumnida (너무 고맙습니다) – “Thanks a lot!” dalam situasi santai.
• Jeongmal gomawo (정말 고마워) / Jeongmal gomapseumnida (정말 고맙습니다) – “Terima kasih banyak-banyak” versi Korea. Guna bila terlalu bersyukur.
7 Jenis Sama-Sama Dalam Bahasa Korea
Seperti kita (orang Malaysia) yang lazimnya akan mengungkapkan sama-sama sebagai tanda penghargaan atas ucapan terima kasih dari seseorang, bahasa Korea turut mempunyai ucapan sama-sama. Ini contoh yang anda boleh guna :
• Eopseoyo (없어요) – Simple je, maksud dia “takde apa-apa”.
• Aniyo (아니요) – Asas “sama-sama”. Digunakan bersama kawan & kenalan.
• Cheonmaneyo (천만에요) – Formal sikit, jarang dengar orang guna zaman sekarang.
• Byeol malsseum eul (별 말씀을) – Sama macam “cheonmaneyo”, formal dan outdated.
• Deo jeulgeoun geos eul haesseoyo (더 좋은 것을 했어요) – “Sepatutnya saya buat lebih lagi”.
• Gwaenchanayo (괜찮아요) – “It’s okay” atau “no problem” versi Korea. Guna dalam situasi santai.
• Aniya, gwaenchanayo (아니야, 괜찮아요) – Gabungan “aniyo” dan “gwaenchanayo”, casual dan friendly.
Baca : Ini Ucapan Rindu Dalam Bahasa Korea (Formal & Tak Formal)
Terima Kasih & Sama-Sama Dalam Bahasa Korea
Bahasa Korea | Bahasa Melayu |
---|---|
고마워 (gomawo) | Terima kasih (casual) |
고마워요 (gomawoyo) | Terima kasih (sopan) |
고맙습니다 (gomapseumnida) | Terima kasih (formal) |
감사합니다 (gamsahamnida) | Terima kasih (formal) |
정말 고마워 (jeongmal gomawo) | Terima kasih banyak-banyak (casual) |
정말 고맙습니다 (jeongmal gomapseumnida) | Terima kasih banyak-banyak (formal) |
너무 고마워 (neomu gomawo) | Thanks a lot! (casual) |
너무 고맙습니다 (neomu gomapseumnida) | Thanks a lot! (formal) |
대단히 감사합니다 (daedanhi gamsahamnida) | Terima kasih banyak-banyak (sangat formal) |
아니요 (aniyo) | Sama-sama (casual) |
괜찮아요 (gwaenchanayo) | Sama-sama / It's okay (santai) |
천만에요 (cheonmaneyo) | Sama-sama (formal) |
별 말씀을 (byeol malsseum eul) | Sama-sama (formal) |
아니야, 괜찮아요 (aniya, gwaenchanayo) | Sama-sama, takde apa-apa (casual) |
없어요 (eopseoyo) | Takde apa-apa |
더 좋은 것을 했어요 (deo jeulgeoun geos eul haesseoyo) | Sepatutnya saya buat lebih lagi |
“The limits of my language are the limits of my world.” – Ludwig Wittgenstein
Intiha dari penjelasan dari atas, dapat kita fahami yang terdapat 7 jenis ucapan terima kasih dalam bahasa Korea dan ucapan sama sama dalam bahasa Korea.
Arakian yang anda perlu lakukan adalah belajar bahasa Korea secara konsisten dan praktikkan pelbagai jenis ucapan dalam bahasa korea merangkumi asas tatabahasa, gaya bahasa, kosa kata dan lain-lain.
Jika anda serius untuk belajar bahasa Korea, anda disarankan mengikuti kelas 1 – Startup Hangeul oleh TalkTalkHeyo yang terbukti berkesan membantu lebih 2,000+ Malaysian tahu menulis Korea dan membaca dalam Korea sepantas 24 jam!
Jangan buang masa lagi jika anda serius untuk :
- Tulis Dalam Bahasa Korea – Belajar tulis Hangeul secara online.
- Baca Dalam Bahasa Korea – Tonton filem/drama Korea tanpa subtitle.
- Berkomunikasi Dalam Bahasa Korea – Cakap Korea seperti orang Korea
So, apa tunggu lagi? Jom belajar bahasa Korea dengan TalkTalkHeyo! 😉