8 Jenis Kata Tanya – Kenapa Dalam Bahasa Korea (Contoh)

kenapa dalam bahasa korea

Dalam mempelajari bahasa Korea, pemahaman terhadap kata tanya adalah elemen asas yang penting. Salah satu kata tanya yang kerap digunakan dalam perbualan harian ialah kenapa dalam bahasa Korea.

Secara teori, kata tanya ini sering digunakan dalam pelbagai situasi, dari bertanya soalan harian hinggalah dalam perbualan formal. Selain “kenapa”, terdapat juga kata tanya dalam bahasa Korea seperti :-

1. Apa
2. Bila
3. Mana
4. Siapa
5. Berapa
6. Mengapa
7. Bagaimana

“Bercakap dengan seorang lelaki dalam bahasa yang dia fahami, itu hanya akan melintasi kepalanya. Bercakap dalam bahasanya sendiri, itu akan masuk ke dalam hatinya.”Pepatah Parsi

kenapa dalam bahasa korea

Apa Itu Kenapa Dalam Bahasa Korea?

Dalam bahasa Korea, kata tanya “kenapa” diterjemahkan sebagai “왜” (wae). Contoh penggunaan dalam kehidupan seharian adalah seperti berikut:

Contoh:

  • Kenapa awak lambat?
    왜 늦었어요? (Wae neujeosseoyo?)

Dalam bahasa Korea, terdapat perbezaan ketara antara penggunaan formal dan tidak formal. Misalnya, “왜” boleh digunakan dalam situasi santai, manakala dalam suasana formal, ia mungkin disertai dengan bentuk hormat seperti “왜요” (waeyo).

Pentingnya menguasai bentuk formal dan tidak formal adalah untuk memastikan perbualan harian, terutamanya ketika melancong ke Korea atau belajar di universiti Korea, lebih lancar dan tepat.

Baca: Belajar Tulisan Korea A-Z (Hangeul)

8 Jenis Kata Tanya Dalam Bahasa Korea

Berikut adalah lapan jenis kata tanya yang sering digunakan dalam bahasa Korea beserta definisi, contoh penggunaan, dan cara penggunaannya dalam kehidupan harian:

1. Kenapa Dalam Bahasa Korea

  • Definisi: Kenapa bermaksud menanyakan sebab sesuatu perkara berlaku.
  • Korean: 왜 (wae)
  • Contoh: 왜 이렇게 해요? (Wae ireohge haeyo?) Kenapa buat macam ni?
  • Penggunaan Harian: Untuk bertanya sebab dalam perbualan harian/formal.

2. Siapa Dalam Bahasa Korea

  • Definisi: Bertanya identiti seseorang.
  • Korean: 누구 (nugu)
  • Contoh: 누구세요? (Nuguseyo?) Siapa awak?
  • Penggunaan Harian: Untuk bertanya nama/identiti dalam suasana formal & tidak formal.

3. Apa Dalam Bahasa Korea

  • Definisi: Bertanya perkara atau objek.
  • Korean: 뭐 (mwo) / 무엇 (mueot)
  • Contoh: 이게 뭐예요? (Ige mwoyeyo?)Apa ini?
  • Penggunaan Harian: “Mwo” lebih kasual, manakala “mueot” digunakan untuk lebih formal.

4. Mana Dalam Bahasa Korea

  • Definisi: Menanyakan tempat atau lokasi.
  • Korean: 어디 (eodi)
  • Contoh: 화장실이 어디예요? (Hwajangsiri eodiyeyo?) Di mana tandas?
  • Penggunaan Harian: Untuk mencari lokasi dalam situasi formal & tidak formal.

5. Bila Dalam Bahasa Korea

  • Definisi: Menanyakan waktu atau masa sesuatu berlaku.
  • Korean: 언제 (eonje)
  • Contoh: 언제 가요? (Eonje gayo?)
    Bila kita pergi?
  • Penggunaan Harian: Mengetahui waktu sesuatu acara berlaku.

6. Berapa Dalam Bahasa Korea

  • Definisi: Menanyakan jumlah atau kuantiti.
  • Korean: 얼마 (eolma)
  • Contoh: 이거 얼마예요? (Igeo eolmayeyo?)
    Berapa harga ini?
  • Penggunaan Harian: Untuk bertanya tentang harga atau kuantiti.

7. Mengapa Dalam Bahasa Korea

  • Definisi: Seperti “kenapa”, tetapi lebih formal.
  • Korean: 왜 (wae)
  • Contoh: 왜 그러세요? (Wae geureoseyo?)
    Mengapa begitu?
  • Penggunaan Harian: Perbualan formal untuk menanyakan sebab atau alasan.

8. Bagaimana Dalam Bahasa Korea

  • Definisi: Menanyakan cara atau kaedah sesuatu dilakukan.
  • Korean: 어떻게 (eotteoke)
  • Contoh: 이거 어떻게 해요? (Igeo eotteoke haeyo?)
    Bagaimana buat ini?
  • Penggunaan Harian: Bertanya langkah-langkah atau cara sesuatu dilakukan.

Baca : 7 Cara Ucapkan Terima Kasih Dalam Bahasa Korea (LENGKAP)

kenapa dalam bahasa korea

Kata Tanya Bahasa Korea vs Bahasa Malaysia

Bahasa Malaysia Bahasa Korea
Kenapa 왜 (wae)
Apa 뭐 (mwo)
Mana 어디 (eodi)
Bila 언제 (eonje)
Mengapa 왜 (wae)
Bagaimana 어떻게 (eotteoke)
Berapa 얼마 (eolma)
Siapa 누구 (nugu)

Nak Belajar Bahasa Korea?

Fakta menarik, lebih dari 13,000 rakyat Malaysia berjaya menguasai bahasa Korea dalam masa kurang dari 12 bulan, terutamanya melalui pendedahan kepada filem Korea, lagu, dan guru yang tepat.

Walaupun nampak mudah, kebanyakan pelajar Korea mendapati bahawa belajar bahasa Korea dari orang Malaysian sebenarnya lebih efektif dan berkesan!

Baca : 8 Jenis Ucapan Selamat Pagi Dalam Bahasa Korea (LENGKAP)

Ini kerana guru bahasa Korea Malaysian memahami cabaran pembelajaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, seperti kesukaran dalam sebutan, tatabahasa, dan struktur ayat.

“Bahasa Korea bukan hanya soal sebutan, tetapi pemahaman budaya yang mendalam.”The Korean In Me

Baca: Belajar Nombor Korea Dari 1 – 1000 (Hangeul)

kenapa dalam bahasa korea

Baca : 5 Jenis Ucapan Apa Khabar Dalam Bahasa Korea (TERKINI)

Cara Terbaik Untuk Belajar Bahasa Korea

Untuk menguasai bahasa Korea, anda perlu fokus pada tiga perkara utama yaqni :

1. Tulis Dalam Bahasa Korea

Menguasai cara menulis tulisan Korea Hangeul adalah asas penting dalam pembelajaran.

2. Baca Dalam Bahasa Korea

Membaca bahan dalam bahasa Korea membantu memperbaiki sebutan dan pemahaman.

3. Berkomunikasi Dalam Bahasa Korea

Amalkan perbualan harian dalam bahasa Korea, terutama ketika berinteraksi dengan orang Korea supaya anda cepat tangkap konsonan, bunyi dan sebutan yang betul.

Bagi mereka yang serius mahu belajar bahasa Korea, TalkTalkHeyo telah membuktikan kejayaan membantu lebih daripada 2,000 rakyat Malaysia menguasai bahasa ini sejak tahun 2020.

Dengan yuran hanya RM67 sebulan, anda berpeluang mempelajari Hangeul dalam masa 24 jam sahaja! Kelas ini diajar oleh guru Malaysia yang telah menguasai bahasa Korea, menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dan sesuai untuk rakyat Malaysia.

Baca : Ini Ucapan Rindu Dalam Bahasa Korea (Formal & Tak Formal)

Jadi, tunggu apa lagi? Klik gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut dan mulakan perjalanan anda menguasai bahasa Korea bersama TalkTalkHeyo dan belajar lebih dari kenapa dalam bahasa Korea!

cta belajar bahasa korea

Scroll to Top